
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) setakat ini mendahului pengiraan kertas undi di enam daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang dipertandingkan.
Antara enam kerusi tersebut Linggi, Bukit Kepayang, Bahau, Rahang dan Mambau.
Selain itu, Barisan Nasional (BN) pula mendahului pengiraan undi di empat kerusi termasuk DUN Seremban Jaya dan Repah yang menyaksikan calon BN, T. T. Rajagopalu dan Koh Kim Swee, masing-masing berada di hadapan.
Rajagopalu mendahului dengan 96 undi di DUN Seremban Jaya, manakala Koh Kim Swee mencatat kelebihan 299 undi di DUN Repah setakat ini. – UTUSAN
The post PH dahului kiraan kertas undi appeared first on Utusan Malaysia.

![[KIRAAN SEMASA] PRN Negeri Sembilan: BN dahului 18 DUN](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602323.webp)



![[KIRAAN SEMASA] PRN Negeri Sembilan: Anthony Loke ketinggalan di DUN Chennah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602310.webp)
