PH dan GRS peroleh kerusi cukup bentuk kerajaan Sabah baharu

LocalPolitics
29 Nov 2025 • 10:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Pakatan Harapan dan Gabungan Rakyat Sabah memperoleh kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri baharu selepas PRN ke-17

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) mendakwa ia dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh berkata perbincangan sedang dijalankan untuk memuktamadkan pembentukan kerajaan tersebut.

“Insya-Allah, saya dimaklumkan kita cukup jumlah untuk membentuk kerajaan pada malam ini,” katanya.

Beliau menyatakan Pengarah Operasi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Seri Amirudin Shari sedang berunding dengan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

“Pakatan Harapan berbesar hati kerana kita menjadi sebahagian daripada kerajaan yang akan dibentuk di Sabah,” tambah Fuziah.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Operasi PH di sini malam ini.

Perkembangan ini berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah berlangsung.

Keputusan tidak rasmi PRN Sabah ke-17 setakat 10.05 malam menunjukkan GRS sedang mendahului apabila berjaya memenangi 29 kerusi DUN.

Sabah mempunyai sebanyak 73 kerusi DUN dan untuk membentuk kerajaan negeri, majoriti mudah yang diperlukan ialah 37 kerusi. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved