‘PH dan PKR berpegang pada prinsip’ jawapan kepada siasatan hasutan Tony Pua

Politics
7 Feb 2024 • 4:37 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) dan PKR berpegang kepada prinsip, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di tengah-tengah kritikan berhubung dakwaan parti berkenaan berdiam diri susulan siasatan hasutan ke atas Tony Pua.

“Saya mengambil maklum pandangan (N Surendram). Dalam PKR dan PH, kita berpegang kepada prinsip. Pada masa sama, kita ada disiplin parti …yang mana ia penting,’’ katanya pada sidang media di kementeriannya selepas mesyuarat minggu Kabinet hari ini.

Fahmi mengulas kenyataan bekas naib presiden PKR, N. Surendran, yang mendakwa PH dan PKR agak senyap berbanding ketika menjadi pembangkang sebelum ini.


Selain itu, Ong Kian Ming turut mempertahankan Pua, dengan mendesak pemimpin PH supaya tidak lupa kepada sumbangan beliau dalam membongkarkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan bagaimana ia dikaitkan dengan Najib.

Pada Isnin, Pua, yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara, telah dipanggil bagi memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes hasutan berhubung hantarannya di Facebook melibatkan pengurangan hukuman Najib.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini berkata polis akan melengkapkan siasatan ke atas Pua berhubung kenyataannya di dalam media sosial yang berbaur hinaan, dalam masa tujuh hari sebelum dihantar ke pejabat Peguam Negara.

Ia susulan kenyataan Pua di dalam media sosial yang berbunyi “Trust me. It’s not a scam”, “Oh wow, after all these years, NAJIB/UMNO cybertrooper still love me”, “I beg your pardon?”, “Can someone send me to jail and for 1 year and in exchange, pay me RM50 mil?, pretty please?” dan “King Klep pardoned!!” – 7 Februari, 2024