PH fokus bentuk pembangkang kuat bersama BN di K’tan

Politics
20 Feb 2023 • 12:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Pimpinan Pakatan Harapan (PH) mahu membentuk pakatan pembangkang yang kuat bersama Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan sekali gus dapat memainkan peranan semak dan imbang yang mantap di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan dan Terengganu Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) berkata bagi mereaslisikan tujuan itu pimpinan PH dan Umno negeri telah pun mengadakan pertemuan tidak rasmi baru-baru ini.

“Kita akan lebih fokuskan tumpuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan bukannya untuk ganti kerajaan ini (sedia ada). Tetapi kita tahu rakyat prihatin terhadap beberapa isu.

“Kadang-kadang kita lihat perkara yang diumumkan kerajaan negeri itu seolah-olah tidak berpijak pada realiti seperti soal kenaikan gaji (Adun) dan sebagainya dalam keadaan semasa ekonomi negeri Kelantan,” katanya selepas pertemuan dengan ahli Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) di sini malam tadi.

Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR berkata parti itu juga sudah melakukan kajian sikap berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kelantan untuk memenangi hati pengundi semasa PRN nanti. -Bernama