PH hormati kuasa Sultan Johor lantik Menteri Besar

LocalPolitics
19 Jun 2026 • 8:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PH hormati kuasa Sultan Johor lantik Menteri Besar
Dr Zaliha

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) menyatakan komitmen menghormati sepenuhnya Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 serta kuasa Sultan Johor dalam melantik Menteri Besar sekiranya gabungan itu diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, PH tidak mahu menjadikan isu jawatan Menteri Besar sebagai fokus utama kempen kerana keutamaan gabungan itu adalah membentangkan dasar serta tawaran yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Kami akan terus turun bertemu rakyat, mendengar masalah mereka dan menawarkan dasar serta penyelesaian yang mampu meningkatkan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan memacu ekonomi Johor ke hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilaporkan meminta PH menamakan calon Menteri Besar sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRN itu.

Dr Zaliha berkata, PH mempunyai ramai pemimpin yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memikul tanggungjawab mentadbir negeri sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

Katanya, rakyat lebih memerlukan penjelasan mengenai perancangan masa depan negeri bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved