PH Negeri Sembilan terbuka kerjasama dengan BN

Politics
1 Dec 2022 • 2:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aminuddin Harun

PORT DICKSON - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terbuka untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, soal itu akan diputuskan oleh pemimpin utama PH.

“Kita akur dengan arahan dan kita akan ikut apa juga keputusan yang dibuat pihak pimpinan utama parti.

"Untuk saya tiada masalah dan nampaknya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung minggu ini pun ia dalam keadaan aman dan damai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penutup MSAM 2022 di sini pada Rabu.

Dalam pada itu ditanya sama ada nama beliau berada dalam senarai menteri kabinet, Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, beliau merasakan namanya tiada dalam senarai berkenaan.

"Saya pun tak tahu bila ia akan diumumkan. Saya pun ada jumpa dengan Perdana Menteri tadi (Rabu), tapi tiada 'hint' kata esok atau lusa.

"Tapi rasanya minggu ini akan selesai," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved