PH Perak Sahkan Kerajaan BN-PH Di Perak - Sumber

Politics
21 Nov 2022 • 12:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sumber itu mengatakan, sekiranya mendapat perkenan Sultan, istiadat angkat sumpah akan dijalankan hari ini di Istana Iskandariah pada 5 petang - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dan membentuk kerajaan pentadbiran di Perak. 

Sumber peringkat tertinggi PH memberitahu The Vibes dan Getaran bahawa dua parti gabungan itu tidak lagi bertelagah dan mahu bekerjasama demi kepentingan rakyat. 

“Ya, benar. Saya mengesahkan perkara itu,” kata sumber dari DAP yang tidak mahu dikenali. 

Terdahulu, Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan bakal menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada jam 12 tengahari ini bagi memohon perkenan untuk membentuk kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai pentadbir utama.

Dalam pilihanraya Sabtu lalu, PH telah memenangi 24 kerusi sementara BN mendapat sembilan kerusi. Perikatan Nasional mendapat 26 kerusi. 

Tambah sumber itu, sekiranya mendapat perkenan Sultan, istiadat angkat sumpah akan dijalankan hari ini di Istana Iskandariah pada jam 5 petang. - The Vibes, 21 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved