PH perlu guna pendekatan luar dari kebiasaan: Saifuddin

Politics
29 Jan 2024 • 7:12 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Pakatan Harapan (PH) perlu menggunakan pendekatan yang luar dari kebiasaan dalam usaha meletakkan negara kembali ke landasan yang tepat, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ini kerana, kata beliau yang juga Setiausaha Keadilan Rakyat, situasi ketika ini cukup mencabar.

"Insya-Allah muafakat persahabatan ini kita perkukuhkan dan jalan kehadapan bagi menggerakkan agenda rakyat serta naratif penerangan mesti dipertingkatkan,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ia merupakan antara intipati ucapan beliau sempena pemukiman Pakatan Harapan pagi tadi.

Pemukiman Pakatan Harapan itu diadakan selama dua hari bermula semalam di Putrajaya dan melibatkan pimpinan utama parti-parti komponen dalam pakatan berkenaan. – 29 Januari, 2024