PH sedia pelbagai senario jika kerjasama BN tidak berjaya dimuktamadkan

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 2:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PH sedia pelbagai senario jika kerjasama BN tidak berjaya dimuktamadkan

SEPANG – Pakatan Harapan (PH) telah bersedia dengan pelbagai senario termasuk kemungkinan bertanding tanpa kerjasama Barisan Nasional (BN) jika rundingan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka gagal dimuktamadkan.

Pengarah Pilhan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini belum berlaku sebarang rundingan rasmi membabitkan pengagihan kerusi antara kedua-dua gabungan politik berkenaan.

Bagaimanapun, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, pihaknya tidak akan menunggu terlalu lama memandangkan masa semakin suntuk sekiranya PRN Melaka diadakan dalam tempoh terdekat.

“Kita bersedia dengan pelbagai situasi dan keadaan. Sama ada keadaannya seperti di Johor atau Negeri Sembilan, ataupun situasinya berbeza.

“Kalau bincang, kita bincang. Tetapi masa semakin suntuk, jadi kita akan sediakan beberapa senario untuk kita tangani,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran fasa pembinaan Taman Perindustrian Terurus Pertama di Malaysia di NCT Smart Industrial Park di Jalan Langat Lestari, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas status terkini rundingan kerjasama dengan BN bagi mendepani PRN Melaka.

Katanya, walaupun terdapat komunikasi antara pimpinan kedua-dua pihak, rundingan rasmi masih belum bermula.

Amirudin berkata, beliau mengesahkan perbincangan hanya dilakukan menerusi panggilan telefon l, namun tiada kata putus dibuat ketika ini.

“Setakat hari ini belum (berunding dengan Ab Rauf), Kalau ada, kita ada. Kalau tidak ada, lawan tetap lawanlah.

“Jumpa dalam telefon, dalam talian sahaja. Tetapi negotiation belum berlaku. Mereka (BN) kata sedia berbincang, kita kata mari bincang, tetapi setakat ini tarikh dan masa pun belum ada,” katanya.

Mengulas kemungkinan PH bergerak secara solo, Amirudin menegaskan pilihan raya merupakan teras perjuangan sesebuah parti politik dan PH pasti akan bertanding. – KOSMO! ONLINE

The post PH sedia pelbagai senario jika kerjasama BN tidak berjaya dimuktamadkan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved