PH Selangor sindir cita-cita PN tawan negeri -“Prestasi kamu umpama buih”

LocalPolitics
17 Jun 2025 • 2:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pakatan Harapan atau PH Selangor menyindir keyakinan Perikatan Nasional (PN) yang bercita-cita menawan negeri itu, dengan menyamakan prestasi wakil rakyat mereka seperti ‘buih’ dilihat daripada semangat yang hanya di awal, tapi lesap bila tiba masa berkhidmat.

PH Selangor sifatkan semangat PN hanya diawal sahaja

Memetik laporan daripada FMT, Setiausaha PH Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyatakan rakyat negeri itu semakin bijak menilai prestasi sebenar wakil rakyat dan yakin gabungan PH-Barisan Nasional masih pilihan utama.

“Prestasi wakil rakyat PN di Selangor umpama buih…bersemangat di awal kemenangan dan sekarang sudah mula memberi masalah kepada kelangsungan kebajikan rakyat,” katanya.

image is not available

PH Selangor anggap keyakinan PN hanya angan-angan

Beliau mengulas kenyataan Ketua PN Selangor, Datuk Seri Azmin Ali baru-baru ini apabila mendakwa gabungan itu mampu menambah 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Khairuddin menyifatkan keyakinan itu sebagai angan-angan kerana kerajaan negeri di bawah pentadbiran PH-BN telah membuktikan komitmen menjaga kebajikan rakyat menerusi pelbagai inisiatif.

“Banyak program kerajaan Selangor mengukuhkan keyakinan rakyat dan kita yakin (PH) dapat mengekalkan kelebihan di negeri ini pada pilihan raya akan datang,” ujarnya.

image is not available

Artikel lain: PN cadang tambah baik institusi perundangan, seru kerajaan laksana 4 reformasi

Ahli parti jangan buat serangan sesama sendiri

Beliau juga menasihatkan ahli parti kerajaan agar tidak membuat serangan sesama sendiri, sebaliknya menggunakan peluang mentadbir Selangor untuk terus menambah kepercayaan rakyat.

“Ahli dalam parti kerajaan mesti elakkan ‘menembak kaki sendiri’ dengan serangan terbuka, yang hanya mengganggu keyakinan rakyat,” tambahnya.

image is not available

Dalam PRN Selangor Ogos 2023, PN hanya menang 22 kerusi manakala PH-BN berjaya menguasai 34 kerusi dan membentuk kerajaan negeri.

Sumber: FMT (Faiz Zainuddin)