“PH Tak Akan Setuju Beri Pengampunan Kepada Najib” – Rafizi Ramli

Politics
14 Sep 2023 • 3:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memaklumkan parti Pakatan Harapan tidak akan bersetuju memberi pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan dengan jenayah yang dilakukan sebelum ini.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), beliau akan berbincang perkara tersebut di peringkat kabinet namun dapat merasakan PH tidak akan bersetuju dengan keputusan itu.

image is not available

“Kami akan bincang dalam kerajaan perpaduan dan kami akan bincangkannya dalam Kabinet. Tetapi saya fikir PH tidak akan bersetuju dengannya,” katanya.

Terdahulu, Najib telah didapati bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan RM42 juta dana SRC International pada Julai 2020.

Disebabkan itu, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

image is not available

Sumber: Free Malaysia Today (FMT)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved