PH utamakan politik khidmat, bukan kelantangan suara

LocalPolitics
1 Nov 2026 • 6:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PH utamakan politik khidmat, bukan kelantangan suara

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) akan memberi tumpuan kepada pendekatan politik khidmat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berbanding kelantangan suara ketika mendekati pengundi.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kekuatan budi dan bakti kepada masyarakat akan menjadi antara penekanan PH sepanjang kempen pilihan raya.

“Kita, macam yang disebut oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, banyak fokus kita adalah pada politik khidmat.

“Jadi, kita akan lebih menyantuni. Kita tidak akan berpaksikan kepada kelantangan suara tetapi lebih kepada kekuatan budi dan bakti seperti yang kita boleh saksikan dalam program-program Datuk Azman Abdidin (calon PH kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput),” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih di sini, hari ini.

Mengulas mengenai perpecahan undi berikutan penyertaan Parti Bersama Malaysia (Bersama) di 16 kerusi, beliau berkata, PH akan terus memberikan tumpuan kepada kekuatan sendiri termasuk sokongan akar umbi dan kesiapsiagaan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya ini.

“Kita akan fokus kepada kekuatan kita, akar umbi, jentera dan mana-mana pihak lain yang ingin bertarung sekali, kita doakan yang terbaik untuk mereka,” katanya. – UTUSAN

The post PH utamakan politik khidmat, bukan kelantangan suara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved