Philip Capital mulakan liputan ke atas Uzma dengan saranan 'beli', TP RM1.30 sesaham

Business & Finance
10 Jan 2024 • 1:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Philip Capital mulakan liputan ke atas Uzma dengan saranan 'beli', TP RM1.30 sesaham

azan

10/01/2024 - 13:04

KUALA LUMPUR 10 Jan - Phillip Capital memulakan liputan ke atas syarikat tenaga dan teknologi bersepadu Uzma Berhad dengan saranan 'beli' dan harga sasaran (TP) RM1.30 sesaham.

Kumpulan itu mempunyai buku pesanan sebanyak RM2.4 bilion dengan keterlihatan pendapatan sehingga 2027, terdiri daripada 67% dalam sektor minyak dan gas (O&G) dan 33% daripada perniagaan tenaga baharu (RE).

Ia adalah unjuran untung bersih tiga tahun sebanyak 17% daripada pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) dipacu peningkatan tempahan kerja dalam ruang palam dan pengabaian telaga (P&A) dan unit kerja hidraulik (HWU) dan permulaan projek solar berskala besar keempat (LSS4)

"Sektor P&A menunjukkan prospek kukuh dan mereka meramalkan 38 telaga pada 2024 (kenaikan 36% daripada unuuran sebelumnya), diikuti kadar 50 telaga setahun sepanjang 2025 hingga 2026.

"Sektor HWU dijangkakan meningkat kepada lapan unit pada 2024 (meningkat daripada enam pada 2023) dan prospek konsisten untuk 2025 hingga 2026," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Sementara itu, firma penyelidikan itu berkata, Uzma bersedia untuk memanfaatkan prospek dalam kedua-dua sektor, dengan menguasai 60% bahagian pasaran dalam P&A di Malaysia dan mempunyai portfolio sembilan HWU.

Katanya, di luar sektor O&G, penyiapan loji LSS4 50MW pada Mei 2024 ditetapkan untuk aliran pendapatan bermula 2025.

"Bagaimanapun, kumpulan itu berdepan beberapa risiko termasuk tempahan kerja yang lebih perlahan daripada pelanggan, kelewatan projek luar jangka dan peningkatan kos pelaksanaan projek," katanya. - DagangNews.com