Philips lancar mentol ultrajimat, guna elektrik RM4.54 sahaja setahun

13 Apr 2023 • 11:36 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Signify, syarikat yang menghasilkan lampu berjenama Philips telah mengumumkan siri mentol lampu Ultra Efficient LED. Katanya, ia menggunakan 40% kurang tenaga berbanding lampu LED sedia ada. Mereka mengunjurkan yang mentol ini akan mengurangkan kos tenaga elektrik kepada sekitar USD0.55 (RM2.42) hingga USD1.03 (RM4.54) setahun.

image is not available

Bukan setakat jimat tenaga, Signify mengatakan yang jangka hayat mentol mereka boleh mencapai 50 tahun. Ia adalah 3 kali lebih tahan lama berbanding mentol LED biasa.

Walau bagaimanapun, produk ini buat masa sekarang hanya dijual secara ekslusif di dalam pasaran Amerika Syarikat iaitu di Walmart pada harga seperti berikut:

  • Philips Ultra Efficient setara 60W – USD17 (pek berkembar) (RM74.85)
  • Philips Ultra Efficient setara 65W – USD11 (RM48.43)
  • Philips Ultra Efficient setara 100W – USD15 (RM66.04)

View Original Article