PHM: Warga Emas Nak Elak Nyanyuk, Sertailah ‘Geng Marhaban’

20 Jul 2023 • 5:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sertai geng marhaban boleh bantu untuk elak nyanyuk dan kemurungan

PHM: Warga Emas Nak Elak Nyanyuk, Sertailah ‘Geng Marhaban’. Memetik laporan, Public Health Malaysia (PHM) memuat naik satu hantaran mengenai saranan untuk golongan warga emas menyertai kumpulan marhaban.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook PHM itu, mereka menggalakkan golongan warga emas menyertai marhaban kerana dapat mengatasi masalah nyanyuk dan banyak lagi. Malah, ia juga dapat menghilangkan kesunyian di rumah.

image is not available
Sumber: Facebook

Boleh mengurangkan masalah kemurungan dan anxiety

Bukan itu sahaja, menurut PHM lagi, antara manfaat lain yang diperolehi menerusi penglibatan dalam ‘geng marhaban’ ialah dapat mengatasi masalah kemurungan dan anxiety yang sering berlaku pada warga tua.

“Ini kerana, kewujudan geng marhaban menjadikan mereka saling berbual, berkongsi pendapat dan pengalaman yang dapat membantu untuk kesihatan mental yang baik.

“Geng marhaban boleh menjadi kumpulan sokongan dan mengukuhkan fungsi jaringan sosial. Aktiviti ini dapat meransang fungsi kognitif dan mencegah alzheimer (nyanyuk),” kongsinya di laman Facebook PHM tersebut.

image is not available
Sumber: beritaharian

Marhaban bermaksud ‘selamat datang’

Untuk makluman, perkataan marhaban ialah berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ atau mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Baca juga artikel yang berkaitan: