Phone Link Untuk iOS Dilancarkan Untuk Mengakses Kandungan iPhone Pada Komputer Windows 11

TechnologyDigital
27 Apr 2023 • 3:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Aplikasi Phone Link membolehkan panggilan telefon, membalas mesej, gambar dan fail dari sebuah telefon Android diakses terus dari sebuah komputer Windows 11. Hari ini Phone Link untuk iOS telah dilancarkan secara rasmi membolehkan kandungan dari iPhone diakses terus dari sebuah komputer Windows 11.

image is not available

Ciri ini diumumkan pada Februari lalu dengan ia hanya boleh digunakan di peringkat ujian. Bermula hari ini pemilik iPhone boleh melakukan panggilan telefon, mengakses mesej dan buku alamat terus dari sebuah PC. Juga terapat integrasi untuk mengakses gambar menerusi aplikasi Photos untuk Windows 11.

Pemilik PC Windows 11 boleh memuat turun aplikasi Phone Link sekarang untuk mengakses kandungan iPhone mereka. Microsoft berkata ciri ini akan dikembangkan ke peringkat global bermula hari ini hingga pertengahan Mei.