Piala AFF 2022: Kelab Liga-M perlu bantu Pan-gon

11 Nov 2022 • 8:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pan-gon

KELAB Liga Malaysia (Liga-M) diharap dapat melepaskan para pemain yang dipilih pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk menggalas cabaran negara dalam saingan Piala AFF 2022 bermula 20 Disember depan.

Malah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan pelepasan pemain dapat membantu memudahkan Pan-gon membentuk pasukan yang lebih mantap bagi cabaran berkenaan.

"Tindakan pasukan melepaskan pemain mereka dapat membantu ketua jurulatih membuat perancangan rapi untuk Piala AFF, walaupun kejohanan itu tiada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)," katanya sempena Program Hari Bola Sepak Suparimau FAM di Stadium Mini Pendang pada Jumaat.

Mengenai calon pengganti bekas jurulatih kecergasan Harimau Malaya, Dr Gokhan Kandemir yang melepaskan jawatannya bulan lalu, Mohd Yusoff berkata, “FAM serahkan kepada Pan-gon untuk buat pilihan supaya calon yang dipilih itu senang untuk bekerja bersamanya.

“Dia akan bawa calon itu berjumpa kita sebelum ia dimuktamadkan dan dipersetujui seluruh kepimpinan FAM.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved