Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir

22 Dec 2024 • 12:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Vietnam dan Filipina mara ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala ASEAN 2024, malam ini. - Foto: Instagram asean.cup

NAIB juara edisi 2022 Vietnam menepati ramalan melangkah ke peringkat separuh akhir dengan bergaya selepas mengalahkan Myanmar 5-0 pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala ASEAN 2024, malam ini.

Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah di bawah bimbingan Kim Sang-sik itu muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.

Namun demikian Vietnam terpaksa menunggu pada minit ke-48 separuh masa kedua untuk mendahului, selepas kedua-dua pasukan buntu dan terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama.

Gol pertama mereka dijaringkan Vi Hao Bui pada minit ke-48, sebelum Rafaelson Bezerra Fernandes menjaringkan gol kedua selang tujuh minit kemudian bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Nguyen Quang Hai terus memberi keselesaan buat Vietnam, selepas melebarkan lagi kedudukan menerusi jaringan ketiga pasukan pada minit ke-74.

Tidak cukup dengan itu, Vietnam mengukuhkan kedudukan dengan menyumbat dua lagi gol pada masa kecederaan menerusi Rafaelson diikuti Nguyen Tien Linh, menjadikan kedudukan akhir 5-0.

Sementara itu, Filipina turut melakar kemenangan 1-0 ke atas Indonesia sekali gus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B.

Pada aksi di Stadium Manahan di Surakarta, jaringan tunggal Bjorn Kristensen pada minit ke-63 itu sudah cukup memadai bagi membenam hasrat Indonesia untuk melangkah ke saingan separuh akhir. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved