Piala ASEAN 2026: Harimau Malaya mudah atasi Laos

LocalFootball
28 Jul 2026 • 11:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN 2026: Harimau Malaya mudah atasi Laos

 

KUALA LUMPUR – Pemain kelahiran Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal membuka akaun jaringan bersama Harimau Malaya ketika tewaskan Laos 4-0 pada aksi kedua Kumpulan B Piala ASEAN 2026 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Selepas dimasukkan pada minit ke-71, Wan Kuzain hanya memerlukan 13 minit untuk meledak gol keempat skuad negara menerusi sepakan percuma.

Selain Paulo Josue yang kini sudah meledak tiga gol di pentas Piala ASEAN 2026, pemain sayap, G. Pavithran turut menjadi antara pemain paling menyerlah apabila menyumbangkan dua bantuan jaringan.

Walaupun tidak dibarisi skuad utama, enam mata yang diraih nyata cukup bermakna sebelum bertemu Thailand pada perlawanan ketiga di Stadium Rajamangala, Sabtu ini.

Walaupun dilihat sebagai pasukan lebih baik di awal permainan, skuad negara sering dihimpit kecewa kerana tidak mampu menghasilkan umpanan lebih berkualiti ke dalam kotak penalti lawan.

Sepanjang 45 minit pertama, gerakan yang diatur lebih banyak berpaksikan kepada kreativiti dua bintang naturalisasi, Endrick Dos Santos dan Mohamadou Sumareh.

Minit ke-26, Laos hampir mencipta kejutan sebaliknya penjaga gol negara, Azri Ghani bertindak cemerlang melakukan tepisan bola sepakan Xayasith Singsavang.

Selepas mempersiakan beberapa peluang terbaik, Harimau Malaya akhirnya berjaya memperoleh gol pertama pada minit terakhir babak pertama menerusi Josue.

Dua belas minit selepas aksi bersambung, gawang Laos bocor buat kali kedua menerusi penyudah sempurna Endrick yang bijak membaca umpanan Pavithran.

Selang sembilan minit selepas itu, Harimau Malaya makin selesa apabila Viengxay Sitdavong tertampan bola ke gawang sendiri selepas usahanya menghalang hantaran lintang Sumareh.

Memasuki minit ke-84, Wan Kuzain membuktikan kualitinya apabila menyempurnakan sepakan percuma untuk menewaskan penjaga gol lawan, Kop Lokphathip buat kali keempat. – KOSMO! ONLINE

The post Piala ASEAN 2026: Harimau Malaya mudah atasi Laos appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved