Piala ASEAN FIFA: GBK bakal uji mental pemain

LocalFootball
28 Sep 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN FIFA: GBK bakal uji mental pemain

HARIMAU Malaya sedia berdepan atmosfera ‘panas’ Stadium Gelora Bung Karno (GBK) yang dijangka dipenuhi puluhan ribu penyokong Indonesia apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi kedua Kumpulan A Piala ASEAN FIFA, malam ini.

Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe sedar suasana di gelanggang keramat tuan itu mampu memberikan cabaran tersendiri, tetapi anak-anak buahnya mampu beraksi dalam keadaan penuh tekanan.

“Bermain dengan Indonesia di GBK benar-benar memberikan keyakinan dan keterujaan buat pasukan kami. Saya jangka stadium akan penuh dan suasana seperti ini memang pemain kita mahu nikmati (sebagai cabaran).

“Pada masa sama, kami perlu kekal fokus. Kami tahu bermain dengan Indonesia di tempat mereka bukan satu perlawanan yang mudah,” katanya.

Sementara itu, Cheng Hoe turut mengakui Sang Garuda memiliki kelebihan tersendiri dengan dibarisi pemain ternama yang beraksi di Eropah dan luar negara.

“Sudah tentu bermain dengan Indonesia sentiasa menjadi perlawanan yang menarik kerana kita adalah negara serumpun.

“Saya pasti dalam kumpulan ini, Indonesia adalah pasukan pilihan kerana mereka mempunyai pemain terbaik dari Eropah dan luar negara. Kami perlu bersedia untuk melakar kejutan,” katanya.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe percaya kehadiran tiga pemain naturalisasi baharu, Bergson da Silva, Manuel Hidalgo dan Brad Tapp memberikan nilai tambahan kepada kekuatan pasukan pada kempen kali ini.

“Tiga pemain ini memberikan suntikan tenaga dan menambah keyakinan pasukan di atas padang. Saya harap kekalkan momentum (seperti ketika menewaskan Bangladesh) dan bersatu dengan rakan-rakan sepasukan yang lain,” katanya.

Keputusan malam ini cukup penting untuk mencerahkan peluang kedua-dua negara memburu status juara Kumpulan A sekali gus mara ke pentas final.

The post Piala ASEAN FIFA: GBK bakal uji mental pemain appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved