Piala ASEAN: Impian Harimau Malaya ke separuh akhir berkecai

LocalFootball
20 Dec 2024 • 11:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain Malaysia, Jimmy Raymond (tiga, kiri) menghalang pemain Singapura, Muhammad Faris Ramli (dua, kanan) pada perlawanan kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Foto Bernama -- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

IMPIAN Harimau Malaya untuk melangkah ke pusingan separuh akhir Piala ASEAN tidak kesampaian selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.

Keputusan itu juga menyaksikan Singapura menjadi naib juara Kumpulan A dan akan mengiringi Thailand ke separuh akhir.

Dalam perlawanan tersebut, skuad negara berjaya menguasai perlawanan pada 45 minit pertama, namun gagal untuk merobek gawang Singapura.

Percubaan pertama skuad negara hadir melalui rembatan luar kotak penalti Endrick Dos Santos yang terus ke dakapan penjaga gol Singapura pada minit keenam.

Stuart Wilkin berpeluang memecahkan kebuntuan gol, namun percubaan lencongnya pada minit ke-28 tersasar.

Malaysia menggandakan asakan sebaik separuh masa kedua bermula dengan percubaan daripada Endrick yang sedikit tersasar ke sebelah kanan gawang Singapura.

Pelawat yang sesekali menyerang hampir mencemaskan kubu negara menerusi percubaan Nur Muhammad Shah Shahiran pada minit ke-67 yang diselamatkan Muhammad Haziq Nadzli.

Usaha skuad kebangsaan untuk mencari gol kemenangan tidak berhasil biarpun mempunyai banyak peluang keemasan menyaksikan kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga tamat perlawanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved