Piala Belanda kekal di bumi PSV Eindhoven

Football
1 May 2023 • 11:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PSV mengekalkan kejuaraan Piala Belanda selepas menyingkirkan cabaran Ajax dalam perlawanan akhir di Rotterdam..

PENYANDANG juara PSV Eindhoven mempertahankan kejuaraan Piala Belanda selepas menyingkirkan cabaran Ajax Amsterdam, 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan akhir di De Kuip, Rotterdam.

Anak buah Ruud van Nistelrooy terlebih dulu memimpin separuh masa pertama hasil jaringan sendiri pemain Ajax, Jarrad Branthwaite pada minit ke-42 selepas tertepis bola hantaran lintang bekas penyerang PSV Steven Bergwijn ke gawang sendiri untuk mendahului 1-0.

Bagaimanapun, hasrat PSV untuk melabuh perlawanan lebih awal tidak kesampaian apabila Thorgan Hazard menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-67 bagi membolehkan angkatan John Heitinga mengheret aksi ke penentuan sepakan penalti.

Dalam penentuan sepakan penalti, Fabio Silva muncul wira PSV apabila menyempurnakan penalti kemenangan setelah Brian Brobbey, Jurrien Timber dan Edson Alvarez gagal melakukan tugasan sama buat Ajax.

Kemenangan ke-11 itu membolehkan PSV merangkul kejuaraan ke Piala Belanda, kurang sembilan di belakang Ajax yang merekodkan 20 kejuaraan sebelum ini.

Kekalahan Ajax juga menyaksikan bekas kelab pengendali Manchester United, Erik ten Hag itu bakal melabuhkan tirai kempen domestik Ajax akan tanpa trofi utama buat kali pertama sejak musim 2017-18.

Bekas gergasi Eropah itu kini menduduki tempat ketiga Liga Eredivisie Belanda dengan empat perlawanan berbaki, tiga mata di belakang PSV dan 11 di belakang pendahulu Feyenoord Rotterdam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved