Piala Borneo: 118 pasukan rebut gelaran

LocalFootball
13 Sep 2025 • 10:23 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sebanyak 118 pasukan akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Borneo tahun ini yang dijadualkan bermula pada 20 September di ibu negeri.

Acara tahunan itu akan dibahagikan kepada dua fasa bermula dari 20 September hingga 11 Oktober sebelum berehat dan fasa kedua akan bermula pada 27 Oktober hingga 1 November.

Lokasi pertandingan ialah di Stadium Likas, Stadium UMS, Stadium Penampang dan Arena Sembulan.

Pengarah kejohanan Scott Ollerenshaw berkata kategori umur yang dipertandingkan adalah perempuan Bawah-16, Bawah-14, Bawah-12 serta lelaki Bawah-10, Bawah-11, Bawah-12, Bawah-13, Bawah-14, Bawah-15, Bawah-16 dan Bawah-18, selain kategori terbuka wanita.

“Kejohanan ini berjaya sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2008. Selain pasukan tempatan dan dari Semenanjung, kita juga sentiasa berjaya menarik penyertaan pasukan luar negara.

“Tahun ini tiada pengecualian kerana kita ada pasukan dari Australia, Filipina, Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Ia bakal menjadi penyertaan besar dengan sejumlah 118 pasukan iaitu 22 pasukan perempuan, 88 pasukan lelaki dan lapan pasukan dalam kategori terbuka wanita,” katanya.

Sementara itu, ujian kecergasan untuk pegawai perlawanan menjelang kejohanan Piala Borneo dijalankan oleh Juin Joseph, pegawai pembangunan pengadil negeri di Stadium Likas pada pagi Jumaat.

Penyelaras pengadil Andrew Lian Awa berkata semua 26 peserta kemudian menghadiri kursus penyegaran pengadil yang dikendalikan oleh Salim Limbai.

View Original Article