
Oleh SHAMZ JOHAN
KUALA SELANGOR, 24 JAN: Kejohanan Piala Budak Kampung 2023 akan diteruskan di peringkat daerah Kuala Selangor pada 28 dan 29 Januari ini.
Exco Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata tiga kategori dipertandingkan seperti edisi sebelum ini iaitu bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.
“Kategori bola sepak 7 Sebelah membabitkan tiga peringkat umur iaitu bawah 14, 17 dan 21 tahun manakala sepak takraw bawah 15 dan 18 tahun serta bola jaring terbuka tiga lawan tiga,” katanya menerusi Facebook.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Januari dan yuran adalah percuma.
Pasukan yang berminat boleh menghubungi talian 012-732 3709 (Shafiy), 012-633 1075 (bola sepak), 013-629 4780 (sepak takraw) dan 012-382 4434 (bola jaring).
Terdahulu, Mohd Khairuddin menyasarkan penganjuran kejohanan di semua daerah dengan daerah Kuala Selangor akan menjadi edisi kelima selepas daerah Petaling.
The post Piala Budak Kampung menemui penduduk Kuala Selangor 28 dan 29 Januari appeared first on Selangorkini.


