Piala Dunia: Croatia tundukkan Brazil 4-2 menerusi sepakan penalti

Football
10 Dec 2022 • 11:27 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISTANBUL: Croatia menewaskan Brazil 4-2 menerusi sepakan penalti dan menempah tiket ke separuh akhir Piala Dunia 2022 pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan pada 45 minit pertama di Stadium Education City.

Pada minit ke-105, Brazil menjaringkan gol pembukaan apabila Neymar melakukan jaringan dari jarak dekat, dibantu oleh Lucas Paqueta.

Menerusi gol ini, Neymar menyamai rekod penyerang legenda Brazil Pele iaitu 77 gol.

Croatia menyamakan kedudukan dengan hantaran daripada Bruno Petkovic di tengah kotak penalti pada minit ke-117, dibantu Mislav Orsic.

Masa tambahan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Pada penentuan sepakan penalti, Nikola Vlasic, Lovro Majer, Luka Modric, dan Orsic berjaya menyudahkan jaringan menentang Brazil.

Sementara itu, Rodrigo dan Marquinhos terlepas peluang menjaringkan gol.

Casemiro dan Pedro berjaya menyempurnakan penalti untuk Brazil.

Dengan keputusan itu, Croatia akan menentang Argentina pada peringkat separuh akhir Piala Dunia.-Bernama