Piala Dunia: Iran Tewaskan Wales 2-0

Football
26 Nov 2022 • 7:32 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pasukan Iran meraikan gol yang dijaringkan Rouzbeh Cheshmi (tidak kelihatan) - Gambar Twitter FIFA World Cup

DOHA - Dua gol yang dijaringkan Iran pada minit ke-99 dan ke-100 sekali gus membolehkan negara itu meraih kemenangan 2-0 menentang Wales pada perlawanan Kumpulan B Piala Dunia FIFA 2022 di sini, Jumaat.

Iran yang menggandakan asakan menjelang tamat saingan hingga menyaksikan penjaga gawang Wales, Wayne Hennessey dilayangkan kad merah pada minit ke-86 selepas mengasari penyerang Iran, Mehdi Taremi di luar kotak penalti, lapor Xinhua.

Kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat 90 minit perlawanan sebelum rembatan kencang Rouzbeh Cheshmi pada masa kecederaan meletakkan Iran di depan.

Wales yang berusaha menyamakan kedudukan dikejutkan dengan rembatan pemain Iran Ramin Rezaeian yang menewaskan penjaga gol gantian Danny Ward seminit kemudian. 

Perlawanan berlangsung di Al Rayyan. - Bernama