Piala Dunia: Neymar, Danilo terlepas baki perlawanan

Football
26 Nov 2022 • 5:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Neymar memegang buku lali kanannya semasa perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 kumpulan G antara Brazil dan Serbia di Stadium Lusail di Lusail, Qatar pada Khamis. - Foto EPA

KHABAR kurang enak buat kem Brazil apabila duo mereka, Neymar dan Danilo bakal terlepas baki peringkat kumpulan saingan Piala Dunia Qatar 2022 akibat kecederaan.

Perkara itu disahkan oleh doktor pasukan pada Jumaat.

Brazil pada 29 November akan menentang Switzerland dan Cameroon pada 3 Disember dalam aksi Kumpulan G.

Pada aksi pertama lalu, Brazil memulakan langkah kanan selepas mengalahkan Serbia 2-0.

"Neymar dan Danilo menjalani pemeriksaan MRI hari ini (Jumaat) dan kami mendapati kecederaan ligamen di bahagian buku lali mereka.

"Mereka sudah pasti akan terlepas perlawanan seterusnya dan kami akan sentiasa berwaspada.

"Mereka akan menjalani rawatan untuk membolehkan mereka berada di tahap diinginkan supaya boleh beraksi semula di Piala Dunia," kata doktor berkenaan.