Piala FA: Terengganu mara ke suku akhir

Football
6 Jul 2022 • 11:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Kemenangan di laman sendiri itu dihasilkan oleh jaringan tunggal pemain tengah, Mohd Faiz Mohd Mansor pada babak pertama perlawanan.

Skuad kendalian Mohd Nafuzi Mahammad Zain itu menguasai permainan dengan melancarkan gerakan dan seawal minit keenam gol terhasil menerusi Mohd Faiz yang menanduk masuk hantaran silang oleh Mohamad Faisal Abdul Halim.

Pada minit ke-51, TFC bermain dengan 10 orang apabila pemain pertahanannya Pape Abdoulaye Diakite dilayangkan kad merah kerana menarik Wanja Ronald Ngah yang mempunyai peluang terbuka untuk menjaringkan gol.

Bagaimanapun sepakan percuma yang diberikan kepada KDA FC susulan insiden itu gagal disempurnakan oleh pemain tengahnya Mahmoud Nayef Ahmad Almardi.

Kedudukan kekal 1-0 sehingga wisel penamat ditiupkan. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved