Piala Itali: Inzaghi tabik Inter Milan

LocalFootball
20 Dec 2024 • 11:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain-pemain Inter Milan meraikan jaringan Asllani dalam aksi Pusingan 16 Piala Itali di San Siro. Foto: Agensi

SIMONE Inzaghi memuji kebolehsuaian kesebelasan Inter Milan apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Itali selepas mengatasi cabaran Udinese, 2-0 di Stadium San Siro.

Inzaghi, 48, melakukan sembilan pertukaran terhadap kesebelasan barisan yang membelasah Lazio 6-0 dalam Serie A pada Selasa untuk perlawanan Piala Itali di laman sendiri tersebut.

Ternyata tindakan pengendali I Nerazzurri itu membuahkan hasil apabila sentuhan separuh masa pertama Marko Arnautovic (m-30) dan Kristjan Asllani (m-47) mengatur pertembungan dengan Lazio di pentas lapan terbaik.

“Ya, jelas sekali ini petanda yang hebat. Satu perlawanan penting iaitu pusingan 16, apabila saya katakan saya mempunyai 25 pemain permulaan, saya bersungguh-sungguh.

“Saya membuat pilihan demi kepentingan Inter, mereka sangat baik dalam membaca permainan pada tahap terbaik.

“Pada Selasa, kami menang dengan margin besar, malah terdapat situasi yang sebenarnya kami boleh melakukan yang lebih baik lagi.

“Hari ini di San Siro, kami menentang lawan yang hebat dan perubahan yang kami lakukan tidak menunjukkan kesan besar terhadap kemampuan pasukan.

“Sejujurnya, saya bertuah kerana mempunyai pasukan yang hebat. Ini jelas petanda sangat baik bermula dengan perlawanan ini dan kini kami perlu fokus pada perlawanan seterusnya,” kata bekas pengendali Lazio tersebut.

PIALA ITALI

SUKU AKHIR

5 Februari

Atalanta lwn Bologna

AC Milan lwn AS Roma

Juventus lwn Empoli

Inter lwn Lazio

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved