Piala Liga motivasi buat Manchester United

Football
27 Feb 2023 • 8:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain Manchester United meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Liga pada Ahad. Foto: Agensi

PENGENDALI Manchester United, Erik Ten Hag menyifatkan kemenangan kejayaan merangkul trofi Piala Liga menjadi kunci keyakinan kepada The Red Devils dalam mengharungi baki saingan musim ini.

"Memenangi trofi menunjukkan bahawa berbaloi untuk menderita dan berkorban untuk memberikan setiap hari yang terbaik.

“Jika anda mahu membuktikan sesuatu, maka anda perlu memenangi sesuatu.

"Ini menunjukkan kami berada di laluan yang baik dan ia menuju ke arah yang betul. Kami akan gembira selama 24 jam tetapi kami tidak akan berpuas hati kerana kepuasan membawa kepada kemalasan," katanya kepada pemberita.

Manchester United mengakhiri kemarau kejuaraan hampir enam tahun selepas menewaskan Newcastle United, 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley pada Ahad.

Jaringan Casemiro minit ke-33 diikuti ledakan Marcus Rashford tujuh minit kemudian membolehkan Manchester United mendakap Piala Liga yang keenam sekali gus menamatkan penantian paling lama kelab itu untuk trofi tersebut sejak 1983.

Pada masa sama Ten Hag yang juga bekas pengendali Ajax Amsterdam berharap kejayaan itu adalah inspirasi besar buat kelab.

Namun dia tetap mengingatkan para pemainnya bahawa perjalanan untuk masih mencipta kejayaan sebenar masih jauh.

"Ia adalah kemenangan besar dan kami sangat gembira malam ini.

"Kemenangan memupuk keyakinan selagi anda tidak melampaui batas dan terus melakukan perkara yang betul," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved