SMK Taman Desa Skudai dan Akademi Mokhtar Dahari akan membuat perhitungan di pentas final bagi merebut trofi kejohanan bolasepak Piala Liga Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2025 dengan rakan strategik 100PLUS selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing di separuh akhir pada perlawanan yang berlangsung pada Rabu.

