Piala MFL: Kelantan FC digesa tidak ulangi kesilapan

22 Jun 2023 • 7:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kapten TRW, Firdaus Hasnoddin diasak pemain Negeri Sembilan dalam aksi Piala MFL di Nilai pada Rabu. - Foto Piala MFL

PEMAIN Kelantan FC dituntut mengambil pengajaran selepas diikat Negeri Sembilan FC, 2-2 dalam aksi Kumpulan B Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di Stadium Mini Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai pada Rabu.

Malah, pengendali skuad The Red Warriors (TRW) Bawah 23 (B-23) tahun, Sathit Bensoh mahu para pemainnya belajar daripada kesilapan apabila mempersia-siakan peluang meraih tiga mata.

“Ia satu perlawanan yang baik, tapi kita mensia-siakan peluang untuk mendapatkan kemenangan.

“Saya harap ia menjadi pengajaran berguna buat pemain agar tidak mengulangi kesilapan sama dalam aksi berikutnya,” kata Sathit.

Dalam perlawanan itu, skuad Hobin Jang Hobin kendalian Ishak Kunju terlebih dulu mendahului pada minit ke-24 menerusi N Javabilaarivin, sebelum TRW bangkit gol penyamaan K Saranraj di minit 52.

Aksi bertenaga Kelantan akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian Haziman Che Ngah bijak menguis cantik bagi mengatasi Firdaus Irman di pintu gol lawan untuk mendahului 2-1.

Namun ketika tiga mata seakan menjadi milik TRW, kesilapan menjatuhkan penyerang Negeri Sembilan dalam kotak penalti menyaksikan pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti yang tenang disempurnakan Muhammad Harith Samsuri.

Anak buah Sathit akan meneruskan kempen menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 5 Julai ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved