Piala Sultan Selangor: Operasi LRT, MRT dan monorel dilanjut

16 Aug 2024 • 4:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 16 OGOS: Operasi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel akan dilanjutkan sehingga 12.30 tengah malam sempena perlawanan Piala Sultan Selangor (TSSC) esok.

Berlangsung di Stadium Merdeka, Rapid KL memaklumkan lanjutan operasi membabitkan Stesen Monorel Maharajalela, MRT Merdeka, MRT Titiwangsa dan LRT Hang Tuah, LRT Pasar Seni dan LRT KL Sentral.

“Waktu operasi di beberapa stesen LRT, MRT dan monorel KL akan dilanjutkan pada 17 Ogos sehingga jam 12.30 tengah malam bagi memenuhi keperluan acara di Stadium Merdeka.

“Stesen-stesen sambungan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi terakhir dan pastikan baki kad Touch ‘n Go (TNG) mencukupi,” maklumnya di Facebook.

Pilihan Selangor pernah meraih gelaran sebanyak sembilan kali pada acara itu iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019.

Sementara Pilihan Singapura pula pernah bergelar juara tujuh kali iaitu pada 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2016 dan 2017.

Kedua-dua pasukan turut berkongsi kejuaraan pada 2015 memandangkan perlawanan terpaksa dibatalkan susulan jerebu.

Kali terakhir TSSC diadakan pada 2019 yang mana Pilihan Selangor menewaskan Pilihan Singapura 1-0.

image is not available

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved