Piawaian LiFi Kini Rasmi – Internet Menerusi Lampu Berkelajuan 9.6 Gbps

TechnologyDigital
16 Jul 2023 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Piawaian untuk rangkaian internet menggunakan lampu ataupun lebih dikenali sebagai LiFi ini disahkan oleh IEEE. LiFi akan menggunakan nama rasmi IEEE 802.11bb dengan kelajuan antara 10 mbps hingga 9.9 Gbps.

image is not available

LiFi berfungsi dengan kerlipan lampu yang berlaku pada frekuensi yang tinggi sehingga mata manusia tidak akan menyedari. Ia bukan teknologi baharu dan terma ini diperkenalkan oleh Harld Hass, seorang profesor di University of Edinburgh pada tahun 2011. Beliau meramalkan masa depan setiap lampu boleh menjadi pemancar rangkaian internet menerusi sistem LiFi.

Perbezaannya dengan WiFi ialah, WiFi menggunakan spektrum isyarat radio sementara LiFi pula menggunakan spektrum gelombang cahaya. Spektrum cahaya boleh dilihat, infra merah dan ultra ungu boleh digunakan.

LiFi berguna dalam situasi di situasi di mana gelombang radio menyebabkan gangguan. Kekurangannya pula ialah ia boleh diganggu oleh cahaya matahari, mempunyai jarak pendek serta tidak boleh menembusi dinding. Ia tidak akan menggantikan WiFi sebaliknya ia digunakan bersama dengannya. Modem di masa hadapan akan dilengkapi lampu yang memancarkan cahaya LiFi. Peranti pula dengan bijak akan memilih antara LiFi dan WiFi bergantung kepada situasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved