Piawaian Pengecasan Nirwayar Qi2 25W Diumumkan – Disokong Android dan iPhone

TechnologyDigital
24 Jul 2025 • 11:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Wireless Power Consortium (WPC) pagi ini mengumumkan piawaian pengecasan nirwayar Qi2 25W yang lebih pantas berbanding Qi2 sebelum ini yang hanya berkuasa 15W. Qi2 25W akan disokong oleh iPhone dan beberapa pengeluar peranti Android utama menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh WPC.

image is not available

Pengecasan nirwayar 25W sebelum ini hanya disokong oleh MagSafe di iPhone. Sementara itu pengeluar seperti Oppo dan Honor menggunakan piawaian nirwayar sendiri yang mengecas pada kuasa 50W. Pengumuman hari ini mengesahkan ura-ura sejak awal tahun Samsung akan akhirnya memberikan kuasa pengecasan lebih tinggi secara berwayar dan nirwayar pada peranti mercu mereka untuk tahun 2026.

Walaupun piawaian ini baru sahaja diumumkan oleh WPC, pengeluar seperti Anker, Ugreen, dan Baseus sudahpun menerima pengesahan awal untuk produk yang akan dijual dalam masa terdekat. Produk pengecas yang menyokong Qi2 25W akan dijual dengan label di atas.