Pictureworks manfaatkan AI Alibaba Cloud bagi tingkatkan rumusan pengimejan digital industri pelancongan Asia

TechnologyBusiness & Finance
2 Sep 2024 • 10:31 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pictureworks manfaatkan AI Alibaba Cloud bagi tingkatkan rumusan pengimejan digital industri pelancongan Asia

syaza

02/09/2024 - 10:31

KUALA LUMPUR 2 Sept - Alibaba Cloud, anak syarikat milik penuh Kumpulan Alibaba menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pictureworks bagi meningkatkan rumusan pengimejan digital industri pelancongan Asia serta menambah baik pengalaman pelancong.

Menurut Alibaba Cloud dan Pictureworks, perkongsian itu telah digunakan di tujuh tarikan pelancong global terkemuka seluruh Asia.

Menerusi perkongsian itu, Pictureworks akan memanfaatkan teknologi awan dan kecerdasan minda (AI) Alibaba Cloud yang mengubahkan cara gambar dirakam.

Katanya, antara rumusan utama termasuk Platform Alibaba Cloud AI, Pengiraan Fungsi dan Perkhidmatan Penyimpanan Objek (OSS).

"Alibaba Cloud akan memudahkan kitaran hayat pembelajaran mesin (ML) dengan menyediakan perkhidmatan terurus sepenuhnya untuk menggunakan model ML bagi membolehkan Pictureworks mengubahsuai model AI mengikut keperluan dalam garis masa yang sangat singkat.

"Dengan memanfaatkan Function Compute, Pictureworks membangunkan seni bina tanpa pelayan dengan berkesan, menghapuskan keperluan untuk pengurusan infrastruktur dan akan membawa kepada peningkatan ketangkasan dan pengurangan overhed operasi.

"Model pengecasan pay-as-you-go membolehkan Pictureworks membayar untuk masa pengiraan berdasarkan penggunaan sebenar, menjadikannya kos efektif untuk pengimejan AI.

"OSS sebaliknya, berfungsi sebagai storan sementara foto mentah dan menjanakan pemberitahuan apabila fail baharu tiba, mencetuskan pemprosesan masing-masing ditakrifkan dalam pengiraan fungsi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Kemajuan teknologi tersebut menawarkan Pictureworks fleksibiliti untuk menangkap imej berkualiti tinggi dalam tetapan yang pelbagai serta memastikan operasi dan perkhidmatannya secara konsisten dan kekal berdaya saing dalam pasaran global.

Pengurus Besar South APAC Alibaba Cloud Intelligence, Kun Huang berkata, kerjasama itu bukan sahaja mempamerkan inovasi penyelesaian Alibaba Cloud tetapi juga menunjukkan komitmen kami untuk memacu transformasi digital merentas industri.

"Dengan memanfaatkan keupayaan AI dan infrastruktur awan berskala kami, Pictureworks menetapkan standard baharu dalam pengimejan digital, membolehkan pengalaman dinamik dan mendalam," ujar beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Pictureworks, Sharon Tse pula menekankan
teknologi Alibaba Cloud membantu mengubahkan cara Pictureworks menangkap foto, menghapuskan keperluan lokasi tertentu seperti skrin hijau.

"Fleksibiliti ini membolehkan penangkapan imej berkualiti tinggi dalam pelbagai tetapan, sekali gus meningkatkan pengalaman keseluruhan pelanggan dengan kenangan fotografi yang lebih semula jadi dan dinamik,” ulas beliau.- DagangNews.com