Pihak atasan ‘komando’ ganggu wanita kerja datang mohon maaf

30 Jan 2024 • 7:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
pihak atasan 'komando'

Pihak atasan ‘komando’ yang ganggu wanita kerja telah datang memohon maaf di atas perilaku kurang sopan anggotanya apabila video tersebut tular di media sosial.

Mereka serta merta datang ke tempat kerja selepas video tular

Menerusi perkongsian wanita dikenali sebagai Aila, dia telah menjelaskan bahawa pihak atasan anggota berkenaan serta merta datang di tempat kerjanya selepas video tersebut menjadi bualan dan memohon maaf diatas gangguan yang dilakukan anak buahnya.

@ailaa.z

I hope that this video clarifies, and the other two will serve as a reminder to all women out there.

♬ original sound – Aila – Aila

Pihak atasan ‘komando’ nasihat buat laporan polis jika berlaku lagi

Jelas Aila, pihak atasan unit beruniform berkenaan juga memintanya agar membuat laporan polis sekiranya lelaki itu datang semula ke tempat kerjanya dan melakukan gangguan seperti tempoh hari.

Ujar wanita itu lagi, lelaki mengaku komando itu turut telah dinasihatkan untuk tidak menganggunya dan tidak dibenarkan ke tempat Aila bekerja kerana bimbang kejadian seperti itu terulang semula.

@ailaa.z

Ragam Customer Terpaling Komando Btw Kebanyakan Anggota mmg Begini ke perangai nya dengan Perempuan ? Igt perempuan Suka agak Nya

♬ original sound – Aila – Aila

Pihak atasan ‘komando’ tak minta video diturunkan

Dalam video penjelasan berkenaan, Aila memaklumkan hal sebenar mengapa dia mengambil pendekatan merakam video tersebut susulan ada komen menuduhnya ‘melayan’ hanya disebabkan dia tersenyum sewaktu ‘digoda’ oleh lelaki terbabit.

Menurut petugas di kaunter perkhidmatan tersebut, pada awalnya ada rakan sekerja yang sama-sama bertugas, namun lelaki mengaku komando itu mulai ‘melalut’ selepas Aila tinggal bersendirian.

Jadi, dia mengambil pendekatan merakam perbualan tersebut demi keselamatan dirinya.

image is not available

Walau bagaimanapun, menurut Aila, pihak atasan unit beruniform itu sama sekali tidak menyalahkan tindakannya dan tidak juga menyuruhnya untuk menurunkan video yang sudah tular memadangkan tiada sebarang pendedahan berkenaan nama, jawatan atau lokasi kejadian.

image is not available

Video dikongsi untuk tujuan awareness

Tujuannya berkongsi video tersebut adalah sebagai salah satu langkah menyebarkan kesedaran tentang gangguan yang diterima oleh golongan wanita di tempat kerja agar tidak menjadi mangsa mana-mana pihak.

image is not available

 

 

Sumber: TikTok Aila.z

View Original Article