Pihak Berkuasa Buka Kertas Siasatan Susulan Wanita Hina Anggota Polis Bawahan

16 Jun 2023 • 4:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Umum sedia maklum mengenai rakaman yang tular mengenai seorang wanita yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis bawahan sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ramai.

Susulan kejadian itu, menurut laporan Harian Metro, pihak polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan).

image is not available

“Menerusi laporan polis yang dibuat oleh anggota polis yang terbabit dalam kes ini, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya.

Menerusi video berdurasi pendek yang telah tular sejak semalam, kelihatan seorang wanita yang dipercayai seorang wanita yang dipercayai pegawai kanan polis tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap dua anggota polis .

Sepanjang rakaman video itu, wanita terbabit merendah-rendahkan pangkat anggota polis terbabit dan anggota polis itu tidak layak membuat teguran terhadapnya kerana dia berpangkat lebih tinggi.

image is not available

“Kau Lans Koperal, kau tak layaklah. Kau pangkat lagi kecik daripada akulah. Cara cakap macam OCPD (Ketua Polis Daerah), kau tak layaklah. Kau jadi pegawai dululah Lans Koperal!

“Kau berlagak macam apa, pangkat dahlah rendah,” ujarnya.

image is not available

Sumber: Harian Metro (Nor Azizah Mokhtar)