Pihak Berkuasa Dua Masjid Suci Selesai Ganti Kiswah Kaabah

27 Jun 2025 • 3:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pihak Berkuasa Dua Masjid Suci Selesai Ganti Kiswah Kaabah

MAKKAH, (Bernama) — Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah selesai melaksanakan proses penggantian tahunan Kiswah Kaabah, meneruskan tradisi penjagaan yang telah menjangkau lebih 100 tahun, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Proses penggantian itu dilaksanakan pasukan khas terdiri daripada 154 profesional Arab Saudi dari Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswah Kaabah.

Pasukan berkenaan ditugaskan secara strategik di pelbagai sisi dan bahagian bumbung Kaabah mengikut kepakaran masing-masing.

Kiswah baharu itu mempunyai berat kira-kira 1,415 kilogram (kg) dan setinggi 14 meter. Ia terdiri daripada empat panel berasingan bersama tirai pintu (sitara).

Pembuatan Kiswah menggunakan kira-kira 825kg sutera mentah yang diwarnakan hitam di kompleks berkenaan, 120kg benang perak bersadur emas, 60kg benang perak tulen dan 410kg kapas mentah.

@ameydeen_

Selamat menyambut ketibaan Awal Muharam 1447H.Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat dari Allah SWT buat kehidupan kita semua. #awalmuharram #muharram1447h #fyp #tahunbaruislam #foryou #tukarpenutupkaabah #kaabahmakkah #fypage

♬ original sound – Amey Deen – Amey Deen

Sumber: BERNAMA