Pihak berkuasa serbu premis warga asing di Klang

29 Dec 2023 • 12:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemeriksaan melibatkan tiga premis dan hanya sebuah sahaja berlesen

image is not available
MPK menggempur kawasan sekitar Taman Setia di sini dalam usaha bagi membanteras peniaga warga asing.

KLANG - Pihak berkuasa tempatan (PBT) menggempur kawasan sekitar Taman Setia di sini dalam usaha bagi membanteras peniaga warga asing.

Menerusi operasi dijalankan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), sebanyak tiga premis diperiksa.

**media[2478182]**

MPK menerusi kenyataan di laman Facebooknya berkata, susulan pemeriksaan itu, pihaknya mengeluarkan tiga notis dan arahan sitaan.

"Pemeriksaan melibatkan tiga premis dan hanya sebuah sahaja berlesen. Dua sitaan di bawah UUK 3 PTPP (MPK) 2007 dan satu sitaan (di bawah) UUK 3 PKPK (MPK) 2013," kata kenyataan di laman sosial itu pada Khamis.

Barang sitaan kemudiannya dihantar ke stor Jabatan Penguatkuasa MPM untuk tindakan selanjutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved