Pihak dituduh sabotaj tidak diberi ruang bela diri - Ibdilillah

Politics
28 Jan 2023 • 2:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (kiri) adalah antara anggota yang dipecat daripada parti pada Jumaat. - Foto FB Ibdilillah Ishak

KUALA LUMPUR - UMNO dijadikan ‘kuda tunggangan’ dan 'perisai' demi kelangsungan politik peribadi.

Malah, bekas Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak mendakwa, anggota parti terus ditakut-takutkan dengan tindakan pemecatan dan penggantungan atas alasan sabotaj parti.

“Dek kerana terlalu banyak kes peribadi, parti dijadikan kuda tunggangan dan perisai untuk survival politik diri sendiri.

“Ahli yang lantang bersuara menongkah arus ditakut-takutkan dengan terma proses ‘pembersihan’, ‘pemecatan’ dan ‘penggantungan’ dengan alasan ‘mensabotaj parti’.

Justeru, katanya, proses pemecatan dan penggantungan tidak lagi dihormati.

“Pihak yang dituduh ‘mensabotaj’ tidak pun diberi ruang bela diri.

"Kini ahli-ahli UMNO boleh menilai sendiri. Kepada Allah kita berserah,” ujarnya di akaun Facebook.

Mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat memutuskan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada parti.

Selain Khairy, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun. - Awani

View Original Article