Pihak Pengurusan Akui Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Kekal ‘Chill’, Isu Fathia Latiff Langsung Tak Kacau Emosi

11 Jan 2024 • 12:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biarpun nama mereka teruk dikutuk oleh Fathia Latiff, pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim hingga ke hari ini pilih untuk mendiamkan diri serta tidak beri sebarang kenyataan.

Pihak pengurusan bersuara

Pasangan tersebut enggan ditemubual oleh pihak media berkenaan dengan isu ini tetapi pihak pengurusan mengakui kedua-duanya berada dalam keadaan baik dan membuat kerja-kerja industri seperti biasa tanpa sebarang masalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Perkembangan terkini Zahirah dan Aiman

Dalam perkembangan terkini Aiman, dia baru saja selesai jalani penggambaran filem Harimau Malaya The Untold Journey dan seterusnya akan menjalani penggambaran drama terbaru dalam masa terdekat.

Manakala Zahirah pula, dirinya terpaksa tolak beberapa tawaran susulan mahu fokus dengan kandungan bayi keduanya, namun tetap memberi komitmen penuh terhadap jenama, kempen atau acara yang diundang.

Sebelum ini, Fathia Latiff secara tiba-tiba ‘naik hantu’ apabila ada netizen membandingkannya dengan Zahirah MacWilson dalam ‘live’ hingga menyamakan wajah isteri Aiman itu dengan bibik.

image is not available 2 days ago

"Sedih Betul, Zahirah Cantik Luar & Dalam" - Wajah Anak Disamakan Dengan Bibik, Ini Balas Ibu Zahirah MacWilson