Pihak tuduh PM sokong Israel mahu raih keuntungan politik semata-mata - Saifuddin

LocalPolitics
17 Nov 2024 • 6:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin Nasution serta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek melancarkan Mural anti dadah pada Peluncuran Kempen Anti dadah di Sekolah peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir dekat Bandar Baharu hari ini. Foto Bernama

BANDAR BAHARU - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Islam yang menentang Israel adalah sangat jelas.

Beliau berkata, tuduhan bahawa kerajaan dan Perdana Menteri menyokong Israel hanya bertujuan mahu meraih keuntungan politik semata-mata.

Saifuddin Nasution berkata, beliau kesal apabila pendirian Anwar dalam perkara itu masih lagi dipertikai sedangkan kerajaan sudah menjelaskannya berulang kali.

"Berpolitikpun biarlah ada sempadan... takkanlah sampai tak boleh buat penilaian langsung. Saya percaya bahawa rakyat terbanyak mengikuti perkara ini dan rakyat tahu membuat penilaian.

"Sebab itu, kita minta hentikanlah tapi kalau dah berlebihan, ya tentulah pendekatan penguatkuasaan kita ambil," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Kempen Antidadah di Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri membidas pihak yang masih memfitnah beliau berhubung isu sokongan kepada Israel serta menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan memperbodoh rakyat.

Semalam, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tetap konsisten dengan pendiriannya terhadap isu Israel dan Palestin sambil menekankan bahawa Putrajaya tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel secara diplomatik. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved