
BELURAN: Pengundi muda, baharu atau berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disaran bijak memilih kepimpinan yang akan mewakili suara mereka kelak.
Naib Presiden Bersatu yang juga Ketua Bersatu Bahagian Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee (gambar) berkata, sehubungan itu, penglibatan mereka juga penting dalam memastikan siapa pemimpin yang akan dipilih dan menentukan wakil rakyatnya kelak.
Pihaknya yakin, golongan muda walau di mana sahaja, baik bandar, luar bandar dan pedalaman sudah pasti mengerti proses pilihan raya di negara ini yang berdemokrasi di samping mereka juga memikirkan soal pekerjaan dan pendidikan masing-masing.
Ronald berkata demikian sejurus menghadiri Program Pemimpin Bersama Anak Muda dan Pelancaran [email protected] di Tapak Pasar Tamu di Beluran, pada Isnin.
[email protected] akan bertindak sebagai benteng barisan hadapan yang dilancarkan sejurus beliau menyatakan kesediaannya untuk menjadi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Beluran pada PRU15.
Dalam pada itu, Ronald berkata, Sabah bersedia mengangkat GRS sebagai wadah gabungan politik baharu untuk memastikan suara Sabah di peringkat kebangsaan menjadi lebih lantang dan didengar, bagi memastikan kesamarataan dari segi pembangunan dapat sama-sama dikecapi pada masa akan datang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
