Pilih wakil rakyat bermaruah, masa depan negara selamat – PM Anwar

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 9:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rakyat diingatkan agar membuat pilihan yang bijak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan memilih wakil rakyat yang berintegriti, bukannya berdasarkan janji untuk memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum semata-mata.

Image from: Pilih wakil rakyat bermaruah, masa depan negara selamat – PM Anwar

Memetik laporan Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengundi tidak sepatutnya mudah terpengaruh dengan janji politik berteraskan kaum, sebaliknya perlu menilai pemimpin yang benar-benar mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat.

“Sebab itu bila kita pilih wakil rakyat, pilih parti. Oh tak ada, dia janji begitu. Nak jaga Melayu lah, nak jaga Cina, nak jaga India. Akhirnya jaga dia.
“Sebab itu saya minta kawan-kawan ambil keputusan yang baik. Jangan pandang ringan,” katanya ketika berucap pada Majlis Minum Santai bersama warga Ampangan di Medan Selera Ampangan, Seremban, semalam.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, pengalaman panjangnya dalam dunia politik mengajar bahawa rakyat perlu memilih pemimpin yang berwibawa tanpa mengira kaum.

Image from: Pilih wakil rakyat bermaruah, masa depan negara selamat – PM Anwar

Menurut beliau, pemimpin yang dipilih mestilah memiliki maruah, nilai yang baik serta berupaya membawa masa depan yang lebih cerah kepada rakyat.

Artikel lain: PM Anwar seru rakyat pilih pemimpin berintegriti, bukan sekadar pandai berjanji

“Saya pun orang lama lah. Orang kata naik turun, lebih banyak turun daripada naik. Sekarang ini naik sikit. Dulu asyik turun je.
“Tapi pengalaman saya, ada ramai (pemimpin) orang Melayu yang baik, ada ramai orang India yang baik, ada ramai orang China yang baik, yang ada maruah. Pilih mereka. Insya-Allah masa depan kita lebih selamat,” tambahnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia (Fatin Norizati Mat Isa)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved