Pilih Yang Ringan & Berbentuk Bulat, Ini Tips Buat Anda Yang Nak Beli Durian Agar Tak Tertipu!

5 Jul 2024 • 4:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pastinya semua sudah sedia maklum bahawa pada ketika ini, musim durian telah pun kembali dan banyak gerai kelihatan menjual buahan eksotik tersebut di hampir seluruh negara.

Namun, lambakan penjualan buah durian pastinya membuatkan anda pening dan tidak tahu sama ada buah tersebut berkualiti dan menepati ciri durian yang enak dan berbaloi dengan harga yang dibayar.

Jom kami sediakan tips memilih durian yang terbaik berdasarkan daripada panduan yang dikeluarkan oleh Agri Data Portal.

1. Pilih durian yang lebih ringan

image is not available

Jika anda membandingkan dua buah durian yang mempunyai saiz yang sama, pilih yang lebih ringan kerana semakin berat buah itu semakin besar bijinya sekaligus membuatkan isinya lebih nipis.

2. Perhati pada tangkai durian.

image is not available

Pilih tangkai durian yang lebih pendek dan tebal kerana ia menandakan isi yang tebal dan banyak. Tangkai durian harusla tidak terlalu kering kerana jika ia kering dan kecut maksdunya durian itu sudah lama.

3. Berbunyi bila digoncang.

image is not available

Kalau buah durian itu berbunyi apabila digoncang, ia bermaksud isi buah itu sudah matang dan kering. Isi durian yang lembik dan lembab akan melekat pada dinding kulit durian dan menyebabkan kurang bunyi bila digoncang.

4. Bau durian yang mengeluarkan aroma manis dan pahit adalah terbaik dan sudah masak.

image is not available

5. Pilih durian yang mempunyai ‘belahan 5’ kerana isinya lebih banyak.

image is not available

6. Elak beli durian ketika musim hujan.

7. Pilih durian berbentuk bulat.

image is not available

Durian yang berbentuk bulat memiliki isi yang lebih banyak berbanding yang berbentuk lonjong.

8. Elakkan membeli durian yang mempunyai duri panjang dan rapat-rapat.

image is not available

Selamat mencuba!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

"Tolong..Tak Boleh Bernafas" - Wanita Terperangkap Dalam Tempat Simpanan Beg Sebuah Bas Ketika Dalam Perjalanan Ke Johor