Pilihan raya awal Sabah tidak mungkin

LocalPolitics
8 Dec 2024 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

NABALU: Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai menolak kemungkinan pilihan raya negeri diadakan dalam masa terdekat berikutan skandal rasuah yang kononnya melibatkan Adun tertentu.

Beliau berkata skandal perlombongan didakwa itu sedang disiasat oleh pihak berwajib.

AdvertisementAdun Kiulu itu memberitahu sesi bertemu rakyat di Kg Nadau-Pomorian, Sabtu, bahawa gabungan GRS-PH di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kekal bersatu dan berdaya tahan, dan sebarang usaha untuk menggugat kestabilan kerajaan akan gagal.

“Kerajaan Negeri komited untuk mendukung kestabilan politik dan menyampaikan mandatnya kepada rakyat Sabah,” katanya, menambah Kerajaan Negeri baru sahaja membentangkan belanjawan negeri berjumlah RM6.45 bilion, yang terbesar dalam sejarah Sabah.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Tumpuan sekarang adalah untuk memastikan rancangan belanjawan itu dilaksanakan dengan jayanya.

“Kerajaan Negeri komited untuk membawa pembangunan dan kemajuan kepada Negeri dan rakyat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami tidak akan membiarkan mana-mana pihak yang berniat jahat untuk menggugat Kerajaan Sabah dengan melukiskan gambaran ketidaktentuan di negeri ini,” katanya, disambut tepukan gemuruh.

Joniston, yang juga Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata kepimpinan negeri telah bekerja keras, dan ini dicerminkan dalam peningkatan ketara dalam hasil negeri sebanyak hampir RM7 bilion.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mengenai skandal didakwa itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri sangat terbuka dan telus dalam pentadbirannya.

Beliau berkata Hajiji telah memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Malah beliau mengesahkan tiada lesen perlombongan dikeluarkan dan video tersebut adalah hasil kerja seorang pemohon lesen perlombongan yang kecewa kerana gagal mendapatkan kelulusan perlombongan yang melibatkan kawasan sejuta ekar.

“Nampaknya ada pihak tidak dapat memahami bagaimana sebuah Kerajaan Negeri yang diterajui oleh parti tempatan menunjukkan prestasi yang sangat baik,” kata Joniston.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terlibat dalam percubaan gagal untuk menggulingkan Hajiji pada awal 2022 mungkin berada di sebalik dakwaan rasuah terbaharu itu.

“Nampaknya ada usaha bersepadu dengan agenda terancang yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk memburukkan Kerajaan Negeri pimpinan Hajiji dengan harapan terdesak untuk mendapat sokongan rakyat.

“Adalah menarik untuk memperhatikan bahawa sebuah parti tertentu yang berpangkalan di semenanjung berada di barisan hadapan dalam usaha menyeru Kerajaan Negeri diganti dan Hajiji meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.”

Joniston berkata, tiada sebab untuk Hajiji meletakkan jawatan kerana beliau mendapat sokongan penuh daripada Adun GRS-PH.

“Saya percaya rakyat Sabah bijak ‘membaca permainan mereka’ dan tahu apa yang perlu dilakukan pada pilihan raya negeri akan datang,” kata Joniston.