Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos 2023

Politics
13 Aug 2023 • 12:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pengundi warga emas disorong petugas pilihan raya di Sekolah Kafa Al Humairah untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 - gambar Nooreeza Hashim

Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berjalan semalam membawa keputusan yang bersifat ‘status quo’ apabila tiga negeri bawah Pakatan Harapan (PH) sebelum ini kekal manakala tiga lagi negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah masih berada di tangan Perikatan Nasional (PN).

PH yang memasuki PRN di enam negeri dengan kerjasama dalam Gabungan Perpaduan Bersama Barisan Nasional (BN) masih kukuh di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan biar pun majoriti kerusi dimenangni berkurangan terutama di Selangor.

Aksi pengundi, calon serta pemimpin kanan parti di pusat pengundian dan ketika pengumuman kemenangan dibuat sempat dirakamkan jurugambar kami, Azlan Hadi Abu Bakar, Nooreeza Hashim, Salwa Farhana Ismail dan Syadila Amari di  beberapa lokasi sehingga tengah malam tadi.

image is not available
Pengundi menunjukkan jari yang sudah dicelup dalam dakwat khas selepas menunaikan tanggungjawab mereka di Sekolah Kafa Al Humairah - gambar Nooreeza Hashim

image is not available
Antara pengundi berdaftar yang keluar awal pagi dan menunggu pusat pengundian dibuka untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati. Sebanyak 72 peratus pengundi di Selangor keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada 12 Ogos 2023. - gambar Syadila Amari

image is not available
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad tiba dengan menaiki motosikal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Selayang Baru untuk mengundi. Amirudin mempertahankan kerusi DUN Sg Tua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023. - Nooreeza Hashim

image is not available
Haiwan kesayangan turut dibawa ke pusat pengundian ketika penduduk Selangor menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023. - gambar Syadila Amari

image is not available
Hari perkahwinan yang jatuh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023 tidak menghalang Abdul Qaiyyum Roslan daripada mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Keramat sebelum beliau bergegas ke Selayang untuk bernikah dengan pasangannya. - gambar Salwa Farhana Ismail

image is not available
Sepasang suami isteri menjadi pengundi terakhir menunaikan tanggungjawab di Dewan Serbaguna MPAJ, AU2. sebelum pusat pengundian ditutup pada jam 6 petang. - gambar Salwa Farhana Ismail

image is not available
Peti undi dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Haji Wan Mahmood Pejabat Agama Islam Daerah Gombak - gambar Syadila Amari

image is not available
"Scoreboard' di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang memaparkan bilangan kerusi diperolehi parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos 2023. - gambar Nooreeza Hashim

image is not available
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba di Hotel Concorde Shah Alam, sebelum sidang media selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 diumumkan. - gambar Azlan Hadi Abu Bakar

image is not available
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden UMNO, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya, DatuK Seri Mohamad Hasan dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. PH-BH mengekalkan kedudukan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada PRN 2023. - gambar Nooreeza Hashim