
SANDAKAN: Parti Maju Sabah (SAPP) bakal meletakkan satu atau dua calon untuk bertanding di kawasan Sandakan pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee berkata SAPP akan meletakkan calon di Zon Sandakan kerana sebelum ini SAPP juga pernah bertanding bagi Parlimen Sandakan dan Dewan Undangan Negeri di kawasan Sandakan.
“Saya yakin di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), SAPP akan meletakkan satu atau dua calon untuk Zon Sandakan.

