Pilihan raya: Rakyat Malaysia dinasihat elakkan ke Bangladesh

Politics
5 Jan 2024 • 7:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rakyat Malaysia dinasihat elak daripada melakukan perjalanan tiada keperluan mendesak ke Bangladesh berikutan negara itu bakal adakan pilihan raya umum Ahad ini. Foto 123RF

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan perjalanan yang tiada keperluan mendesak ke Bangladesh.

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, ia berikutan negara itu bakal mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Ahad ini.

"Rakyat Malaysia yang bermastautin di Bangladesh juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dan berjaga-jaga serta menjauhi apa jua bentuk perhimpunan politik," kata kementerian itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di alamat House No 19, Road No. 6,

Baridhara Diplomatic Enclave, Dhaka – 1212 atau talian 880241081892/1895 dan 8801841798077 (kecemasan) atau mwdhaka@kln.gov.my.

"Kementerian memantau rapat perkembangan di Bangladesh berkaitan pilihan raya," katanya.